Lagu kanak-kanak sangat menghiburkan kepada sesiapa walaupun usia kita sudah semakin meningkat. Lagu kanak-kanak ini kita pelajari dan ketahuinya sama ada sewaktu sekolah atau mendengar rakan-rakan menyanyi. Banyak ajaran positif yang ditonjolkan dalam lagu kanak-kanak ini kerana menerapkan puisi tradisional seperti pantun. Oleh itu, kita mahupun kanak-kanak dapat mempelajari pantun melalui lagu kanak-kanak. Rentetan itu, puisi tradisional ini dapat dihidupkan sentiasa dalam bentuk apa sekalipun supaya 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Antara lagu kanak-kanak yang masih popular ialah rasa sayang, lagu tiga kupang, burung kakak tua dan banyak lagi. Di bawah ini saya sertakan lagu kanak-kanak yang bertajuk ‘Rasa Sayang’, selamat berhibur.
Rasa sayang eh Rasa sayang sayang eh Eh lihat nona jauh Rasa sayang sayang eh
Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kami budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan
Salah seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bakal menjadi seorang pendidik. Bicara ini sekadar untuk dikongsi dan bukan hanya menghebah-hebah kosong. Insya-Allah ada manfaat daripada kemudaratan.
Assalamualaikum w.b.t.Terima kasih kepadaDr. Siti Saniah yang telah membuka mata dan minda saya ke dalam dunia sosiolinguistik. Tidak harus saya lupa juga kepadarakan seperjuangan yang berlumba-lumba menonjolkan hasil kerja yang baik dan dengan itu saya juga terdorong ke arah kebaikan kalian.
0 ulasan:
Catat Ulasan