Hari ini, saya berminat untuk melihat penggunaan bahasa di dalam komik. Majoriti peminat komik adalah kanak-kanak dan remaja. Mari sama-sama kita lihat contoh komik di bawah:
Komen/pendapat:
Komik ialah buku yang mengandungi cerita yang disertai dengan gambar-gambar yang melucukan. Banyak manfaat yang diperolehi melalui komik, salah satunya dapat mengisi waktu lapang. Namun, anda perlu ingat bahawa banyak penggunaan bahasa yang salah terdapat di dalam komik. Bahasa yang digunakan tidak menggunakan bahasa Melayu standard dan sering menggunakan bahasa rojak. Sebagai contoh, pada huruf yang telah dibulatkan dengan tanda berwarna merah (looser, kehenseman, hotak dan lain-lain). Penggunaan bahasa ini sangat mempengaruhi kanak-kanak yang membaca. Jadi, bagaimana jika kanak-kanak itu menyatakan hobinya adalah membaca komik? Tidak mustahil mereka akan terikut-ikut menggunakan perkataan-perkataan tersebut dalam pembelajaran. Selain itu, bahasa yang digunakan juga kadangkala tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak kerana terdapat juga komik yang menggunakan bahasa berunsur lucah walaupun tujuan utama adalah sekadar membuat lawak. Oleh itu, ibu bapa perlulah membuat pemantauan mengenai bahan bacaan anak-anak mereka di rumah.
2 ulasan:
Kebanyakkan kartun menggunakan bahasa rojak. Mungkin anda boleh rujuk kartun saya yang menggunakan bahasa melayu baku. Boleh lawat blog saya. Terima kasih
Pang Siew Wen
Catat Ulasan